Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara
- Penampalan ozon
Bahagian
ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera
melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh
dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang
yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat
mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.
- Memperkenalkan undang-undang
Pihak
kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan
pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh,
industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet
scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu
kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai
90%.
- Penggunaan teknologi
Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.
Kitar semula
Tidak ada komentar:
Posting Komentar